Home Seni Hidup Bila masa saya hutang Fathia – Aiman

Bila masa saya hutang Fathia – Aiman

Foto Instagram Aiman Hakim Ridza.

KUALA LUMPUR – Pelakon Aiman Hakim Ridza menjelaskan dia tidak pernah berhutang dengan bekas teman wanitanya iaitu pelakon Fathia Latiff.

Menerusi InstaStory di Instagram, Aiman menegaskan dia juga tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak seperti didakwa.

“Pertama sekali aku tak pernah hutang dengan siapa-siapa sebaliknya orang hutang aku ada. Ini adalah bisnes. Ia adalah saham. Ada keuntungan dan kerugian. Fakta!,” tulisnya.

Semalam, Fathia menerusi Instagram miliknya mendedahkan Aiman masih belum membayar hutangnya selain bertindak menyekat nombor telefonnya apabila dia meminta aktor itu membayar kembali wang tersebut.

aiman
Status di Instagram Fathia

Bagaimanapun Fathia tidak menyatakan jumlah wang yang dipinjam kepada Aiman.

“Alasan aku ‘block’ adalah disebabkan you merepek dan mencarut walaupun aku bercakap dengan baik.

“Pada semua netizen yang positif terima kasih dan aku maafkan yang lain-lain tapi paling terbaik adalah gunakanlah media sosial sebagai benda berfaedah.

“Doakanlah benda yang baik untuk dia,” jelasnya lagi.

Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia. – MalaysiaGazette