Home Dunia Kapal terbalik, 40 terkorban

Kapal terbalik, 40 terkorban

Kapal Feri MV Nyerere terbalik berhampiran pantai antara pulau-pulau Ukora dan Bugolora.

DODOMA – Sekurang-kurangnya 40 orang maut selepas feri membawa ratusan orang yang terbalik di Lake Victoria, Tanzania.

Jumlah yang tenggelam mungkin lebih daripada 200 orang, menurut pihak berkuasa.

Feri MV Nyerere terbalik berhampiran pantai antara pulau-pulau Ukora dan Bugolora.

Feri itu didakwa membawa lebih daripada 400 penumpang dan 100 orang berjaya diselamatkan manakala 32 dikatakan dalam keadaan kritikal.

Setakat ini angka sebenar penumpang tidak dapat dipastikan kerana individu yang mengeluarkan tiket turut terkorban dalam nahas itu.

Malah, mesin tiket turt dibawa dalam kapal itu, menurut laporan yang dipetik dari Reuters. – MalaysiaGazette