KUALA LUMPUR – Pelakon Elfira Loy tampil mengesahkan hatinya kini telah dimiliki selepas melangsung majlis pertunangan pada 2 September lalu.
Wanita berusia 24 tahun itu turut memberitahu lebih selesa menyimpan perasaan yang terbuku di dalam hatinya.
Elfira juga berkongsi foto pada hari yang dianggap paling istimewa itu.
“Saya berkongsi kepada anda sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh.
“Apa yang terbuku di hati biarlah tersimpan di dalam hati. Kerana hati sudah dimiliki,” tulisnya di laman Instagram miliknya.
Awal bulan ini, media melaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediaman Elfira yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur.
Namun tiada pihak mengesahkannya termasuklah ahli keluarga.
Hubungan Elfira dengan jejaka dikenali Faris Khairol Anuar itu mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.
Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu. – MalaysiaGazette