Ahli veteran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjadi Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu bagi mewujudkan semula gandingan hebat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar.