LONDON – Luka Modric menepati ramalan memenangi Pemain Terbaik FIFA 2018 sekaligus menamatkan dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi selama ini.
Musim lalu, pemain tengah Croatia itu menikmati kempen dengan cemerlang apabila membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara kali ketiga berturut-turut sebelum membawa pasukan kebangsaannya ke final Piala Dunia Jun lalu.
Dia juga turut menerima anugerah Bola Emas di Rusia.
Anugerah yang diterima Modric itu menyaksikan penguasaan Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi di pentas antarabangsa berakhir dan mereka gagal menambah koleksi trofi tersebut, yang sebelum ini turut menerima Ballon d’Or selaku penerima baharu anugerah tersebut.
Selepas Kaka meraihnya pada tahun 2007, penerima trofi anugerah hanya tertumpu kepada Ronaldo dan Messi.
Pemain berusia 33 tahun itu mengutip 29.05 peratus undian, manakala penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (19.08%) dan bintang Liverpool, Mohamed Salah (11.23%) untuk tempat kedua dan ketiga.
Dalam pada itu, Anugerah Puskas dimenangi Salah berdasarkan jaringan unik ketika aksi Liverpool bertemu Everton musim lalu. – MalaysiaGazette