Home Ekonomi Peserta O&G diminta berhati, persekitaran sukar dijangka

Peserta O&G diminta berhati, persekitaran sukar dijangka

Wan Zulkiflee Wan Ariffin

KUALA LUMPUR – Meskipun berlaku peningkatan harga minyak, para pemain industri minyak dan gas di negara ini diingatkan agar terus berhati-hati dengan persekitaran operasi yang sukar dijangkakan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, ini kerana turun naik harga masih berterusan tdak menentu disebabkan faktor-faktor luaran seperti perang perdagangan dan risiko geopolitik yang lain.

“Walaupun para peserta sedang mengubah kedudukan dari mempertahankan kepada mod pertumbuhan, saya menggesa semua peserta untuk berhati-hati dengan landskap yang tidak menentu, seperti mana di Petronas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSE) di sini.

Beliau berkata, buat masa ini tinjauan industri minyak dan gas semakin pulih.

Setakat ini, harga minyak Brent pada AS$70 setong, peningkatan ketara daripada harga purata AS$54 setong pada tahun lalu. – MalaysiaGazette