PETALING JAYA – Seks orentasi adalah hak masing-masing, namun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tidak wajar tindakan mempamerkan sokongan keterlaluan kepada Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai peringatannya kepada rakyat agar mempertahankan diri daripada golongan ‘super liberal’.
“Soal orentasi seks masing-masing, itu bukan urusan saya nak siasat dan selidik. Tapi untuk pamer dokong dan menjaja, ini tak boleh diterima. Semua itu pemimpin agama tolak dengan tegas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR selepas Mesyuarat Biro Politik parti itu malam tadi
Mengulas lanjut, golongan ‘super liberal’ yang dimaksudkannya itu adalah yang mempertikaikan bahasa kebangsaan, pendidikan selain yang mempertahankan LGBT, tanpa menyebut secara jelas individu yang dirujuknya.
Terbaru aktivis, Siti Kasim menghentam Anwar ekoran kenyataannya itu.
Kata Siti, golongan ‘super liberal’ yang bertanggungjarab melindungi hak individu, termasuk orang yang dituduh meliwat.- MalaysiaGazette