China Press melaporkan, anggota tentera itu mendakwa ketua bahagian berumur 49 tahun dari sebuah parti politik telah menggoda isterinya dengan membelikan kereta dan membayar ansuran rumah.
Kemunculan orang ketiga itu dikatakan menyebabkan si isteri meminta penceraian dengan suaminya yang berumur 31 tahun.
Kecurangan dikatakan terbongkar apabila anggota tentera itu mengesan isterinya berkelaluan pelik pada Ogos lalu.
Keadaan itu mendorong si suami mengekori pasangannya dari rumah mereka di sebuah flat di Bandar Tun Razak di ibu negara ke sebuah pangsapuri di Cyberjaya.
Difahamkan orang ketiga bergelar Datuk itu telah menghadiahkan sebuah kereta Myvi kepada si isteri.
Selepas berkawan dengan ahli politik, wanita itu juga asyik meminta penceraian, tetapi tidak dipersetujui suaminya.
Pengadu yang membuat laporan polis di Cyberjaya mensyaki Datuk itu telah mempengaruhi isterinya untuk meminta penceraian. – MalaysiaGazette