Home Ekonomi Ahmad Suhaimi dilantik Pengarah Pos Malaysia

Ahmad Suhaimi dilantik Pengarah Pos Malaysia

Pos-Malaysia

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd melantik Ahmad Suhaimi Endut sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif kumpulan itu.

Pelantikan itu berkuatkuasa mulai hari ini, kata Pos Malaysia kepada Bursa Malaysia.

Ahmad Suhaimi pernah menjadi Pengarah Gantian Bukan Bebas Bukan Eksekutif Pos Malaysia sejak 7 Disember 2016 hingga 11 Mac 2018 lalu.

Beliau juga adalaj seorang Pengarah di Amanah Raya Berhad dan Aset Tanah Nasional Berhad. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts