Home Dunia Greece dilanda gempa bumi

Greece dilanda gempa bumi

Gambar hiasan

ATHENS – Gempa bumi dengan 5.2 skala Richter melanda selatan Greece.

Namun setakat ini tiada laporan kecederaan dilaporkan.

Pusat gempa itu adalah 37 kilometer barat Methoni di Semenanjung Peloponnese, menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah.

Ia melanda pada kedalaman 10 kilometer (6.21 batu), pada 10.21 pagi GMT.

Gempa itu turut dirasai penduduk di bandar Kalamata. – MalaysiaGazette