Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata pada masa yang sama setiap Universiti dan Kolej tempatan juga perlu menguasai peluang industri untuk membangunkan kepakaran keperluan teknologi sedia ada.
“Setiap institusi pengajian tinggi di negara ini harus menggunakan kelebihan industri untuk membangunkan penyelidikan terkini dan membina tenaga kerja dalam perspektif antarabangsa,” katanya dalam satu majlis di kementeria beliau hari ini.
Beliau telah berucap merasmikan Flag 10 pemenang terbaik Program Seeds for the Future 2018 anjuran Huawei Malaysia Berhad yang turut dihadiri Timbalan Menterinya Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Baker Zhou di Kementerian Pendidikan Parcel E di sini.