JAKARTA – Gempa bumi bermagnitud 7.7 menggegarkan Sulawesi Tengah tidak lama selepas gegaran bermagnitud 6.0 melanda Donggala yang juga terletak di Sulawesi Tengah mengakibatkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 orang tercedera.
Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik (BMKG) telah mengeluarkan amaran tsunami namun menarik balik tidak lama selepas itu apabila gegaran yang lebih kuat berlaku pada pukul 5.02 waktu Jakarta, hanya beberapa jam selepas gempa bumi pertama, lapor The Jakarta Post.
Laman sesawang Kajian Geologi Amerika Syarikat menunjukkan gempa bumi itu
berskala 7.5 magnitud.
Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), Stopo Purwo Nugroho berkata, gempoa bumi itu melanda kawasan yang terletak 2 kilometer ke utara Donggala dan berada pada kedalaman 10 kilometer.
Gegaran gempa bumi itu lebih besar daripada gempa bumi yang melanda Yogyakarta pada 2006 yang berukuran 6.4 dan yang menggegarkan Lombok dengan magnitud 7.0 pada Ogos lalu. – Agensi