Home Utama Polis nafi dakwaan Raja Petra polis curi duit UMNO

Polis nafi dakwaan Raja Petra polis curi duit UMNO

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh hari ini menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa polis telah mencuri RM43.3 juta wang UMNO.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata polis tidak pernah meminta Justo berbuat demikian, dan tidak ada pun dalam kenyataan Justo, yang dalam simpanan polis, menunjukkan bahawa Justo bercakap seperti apa yang didakwanya.
KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh hari ini menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa polis telah mencuri RM43.3 juta wang UMNO.

Sambil menganggap tuduhan itu tidak berasas sama sekali, Amar Singh berkata jika Raja Petra mempunyai maklumat sahih berhubung dakwaannya, beliau digesa membuat laporan polis.

“Jangan hanya menyorok di belakang alam maya dengan membuat pelbagai andaian kes ini, saya cabar dia (Raja Petra) buat laporan polis.

“Jadilah seorang yang berani dan tidak melaporkan maklumat-maklumat yang palsu berhubung kes ini,” katanya dalam sidang akhbar ketika mengulas dakwaan Raja Petra di blognya bahawa PDRM telah mencuri RM43.3 juta wang UMNO, di sini, hari ini.

Amar Singh berkata ketika serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavilion Residences pada Mei lepas, terdapat 50 pegawai dan anggota polis serta kakitangan Bank Negara Malaysia yang terlibat mengawal selia setiap pergerakan di kediaman itu.

— BERNAMA