Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak membenarkan agensi dibawahnya, RTM dan Bernama untuk membuat sebarang siaran langsung Perhimpunan Agung UMNO 2018, Sabtu ini.
Menurut Gobind Singh Deo, tiada keperluan untuk kedua-dua agensi berbuat demikian kerana segala program dan intisari rancangan telah diatur oleh mereka kepada penonton.
“Tidak akan ada saluran siaran langsung, saya sudah jelaskan namun liputan harian, maka RTM dan Bernama boleh membuat liputan dan menyiarkan apa juga berita dengan bebas.