KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berhubung dengan Facebook Inc. bagi memastikan berapa ramai rakyat Malaysia yang terjejas akibat aktiviti penggodaman laman sosial itu baru-baru ini.
Dalam kenyataannya di sini hari ini, SKMM juga meminta para pengguna memeriksa kawalan keselamatan Facebook serta mendaftar masuk akaun Facebook masing-masing sekiranya akaun tersebut telah diakses secara tidak sah.
“Pada masa yang sama, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengambil berat sebarang aktiviti yang mencurigakan pada akaun Facebook masing-masing.
“Mereka perlu melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa,” katanya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengesahkan sejumlah 50 juta akaun pengguna Facebook telah digodam dalam satu insiden baru-baru ini.-MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/blog/2018/09/29/50-juta-pengguna-fb-digodam/