Home Ekonomi Hotel Sri Petaling labur RM1 juta

Hotel Sri Petaling labur RM1 juta

Wajah baharu Hotel Sri Petaling menampilkan elemen moden kepada tetamu.

KUALA LUMPUR – Hotel Sri Petaling telah melabur hampir RM1 juta bagi proses menaiktaraf dan kerja pengubahsuaian dalam usaha menjenamakan semula kemudahan berkelas moden kepada tetamu.

Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Siti Aliza Mohd. Zain berkata, wajah baharu hotel itu melibatkan pertukaran permaidani, langsir dan hiasan lukisan.

Beliau berkata, proses tersebut siap sepenuhnya pada Februari lalu selepas kerja-kerja dimulakan secara berperingkat sejak September tahun lalu.

“Pelaburan yang dilakukan demi kepuasan pelanggan yang menginap di Hotel Sri Petaling dalam suasana moden dan paling utama keselesaan berganda yang dinikmati.

baru 3
Bilik Eksekutif yang memberikan kemudahan mewah kepada tetamu.

“Para tetamu pasti akan terpesona kerana bilik-bilik menampilkan mood segar termasuk lantainya dihiasi permaidani baru yang terbentang indah selain langsir dan hiasan lukisan.

“Walaupun hanya satu malam menginap di sini, kami mahu meninggalkan kenangan tidak dapat dilupakan kepada tetamu hingga mereka  pasti akan bertandang lagi,” katanya.

Hotel Sri Petaling yang bertaraf tiga bintang merupakan hotel milik PNB Management Services Sdn. Bhd. sejak pengambilalihan lapan tahun lalu.

Hotel itu memiliki 168 bilik menerusi sembilan kategori dengan harga yang ditawarkan bermula RM185 hingga RM1,500.

baru 5
Para tetamu pasti akan terpesona kerana bilik menampilkan mood segar termasuk lantainya dihiasi permaidani baharu.

Antara kemudahan yang ditawarkan adalah dewan perdana yang mampu memuatkan 400 orang, enam bilik mesyuarat, kafe dan ‘snack house’.

Mengulas lanjut, Siti Aliza menambah, Hotel Sri Petaling kekal komited untuk memberikan perkhidmatan bertaraf empat bintang walaupun ianya bertaraf tiga bintang.

Jelasnya, kadar penginapan yang melebihi 65 peratus setiap bulan menunjukkan hotel itu memiliki tetamu setia dan menjadi cabaran kakitangan untuk memastikan kualiti tinggi tidak diabaikan.

“Hotel Sri Petaling menjanjikan keselesaan tahap maksimum dan mahu tetamu berbaloi apabila menginap di sini.

“Apatah lagi, kedudukannya yang strategik dan terletak di tengah-tengah pusat bandar memberi banyak kelebihan kepada pengunjung yang ingin bercuti ke Kuala Lumpur.

baru 2
Hotel Sri Petaling kenal komited untuk memberikan perkhidmatan bertaraf empat bintang.

“Selain itu, tetamu juga disajikan dengan aneka pilihan makanan tempatan dan antarabangsa yang pasti memukau selera pengunjung.

“Di sini juga pengunjung dapat merasai setiap hidangan pada harga yang cukup berpatutan dalam suasana mendamaikan tanpa gangguan,” katanya.

baharu 1
Hotel Sri Petaling terletak di kawasan strategik di Kuala Lumpur.

“Yang pasti, kunjungan pasti berbaloi apabila memilih Hotel Sri Petaling untuk penginapan yang lebih eksklusif dan mewah namun pada harga mampu milik,” katanya.

Sementara itu, maklumat lanjut mengenai Hotel Sri Petaling boleh didapati di laman web: www.hotelsripetaling.com.my, Facebook: Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur dan Instagram: hotelsripetalingkl bagi mendapatkan informasi terkini tentang promosi atau aktiviti yang dijalankan. – MalaysiaGazette