KUALA LUMPUR – Nama ahli perniagaan, Low Taek Jho yang dikaitkan sebagai individu penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikatakan sudah berada dalam senarai merah Interpol.
Perkara tersebut dilaporkan menerusi Twitter Media Selangor. sebentar tadi
“#ISUKINI Akhirnya Jho Low berada dalam senarai Notis Merah Interpol. #1MDB #JhoLow #RedNoticeInterpol,”tulis akaun itu.
Sehingga kini beberapa tindakan telah diambil untuk menjejaki lelaki yang dipanggil Jho Low itu termasuk membatalkan pasport antarabangsa pada 4 Julai lalu.
Selain itu, kapal mewah yang didakwa milik Jho Low juga turut disita.
Jho Low bagaimanapun mendakwa tidak bersalah terhadap segala tuduhan dilemparkan kepadanya.
Pada 24 Ogos lalu Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low bersama bapanya selepas membenarkan polis dan Pejabat Peguam Negara mendapatkan waran tangkap terhadap mereka.-MalaysiaGazette