Malaysia menyediakan bantuan kewangan RM500,000 kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selepas perbualan telefon dengan Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla.
Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Sulawesi, Indonesia bagi membantu mangsa mangsa gempa bumi dan tsunami di negara itu.