LAS VEGAS – Bintang bola sepak, Christiano Ronaldo berdepan dengan tuduhan merogol seorang warga Amerika Syarikat (AS) beberapa tahun lalu.
Agensi melaporkan, wanita itu yang merupakan bekas model di Nevada, AS telah mengemukakan saman dengan tuduhan MErogol di sebuah hotel di Las Vegas pada tahun 2009.
Kathlyn Mayorga, 34, memfailkan saman itu di Nevada dengan niat untuk membatalkan sejumlah wang bernilai AS$375,000 (RM1.5 juta) yang menurutnya cuba digunakan sebagai penyelesaian bagi menutup mulut.
Mayorga menuntut pampasan sebanyak AS$200,000 (RM827,000) dengan menamakan Ronaldo dan selain beberapa nama induvidu yang telah digunakan bintang bola sepak itu sebagai orang tengah bagi menyelesaikan jenayah tersebut.
Wanita itu juga mendakwa dirinya telah dirogol oleh Ronaldo ketika sedang menukar pakaian dalam sebuah bilik tidur.
Walaupun beliau menolak dan menjerit, Ronaldo dikatakan bertindak agresif sebelum merogolnya.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada malam itu di Las Vegas sebelum kes itu dibuka semula untuk siasatan apabila terdapat maklumat baru.
Sementara itu, Juventus enggan memberikan sebarang komen berkenaan isu tersebut.
“Apa yang mereka kata hari ini, palsu – berita palsu,” katanya sebelum memadamkan status itu. – MalaysiaGazette