![MGF20092018_DS NAJIB KE MAHKAMAH13 Elly Suryati](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2018/10/MGF20092018_DS-NAJIB-KE-MAHKAMAH13-640x426.jpg)
PUTRAJAYA – Penyokong tegar bekas Perdana Menteri, Elly Suryati menganggap tindakan kerajaan Pakatan Harapan ‘memburu’ Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Rosmah Mansor membayangkan mereka mahu melaksanakan sistem ‘parti tunggal’ dalam negara ini.
Pelakon itu berkata, tindakan itu bukan sahaja menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kuda tunggangan kerajaan dengan menggunakan isu dana politik untuk menyerang parti pembangkang.
“Sepertinya sekarang Datuk Seri Najib dan Rosmah tidak henti-henti diserang,” katanya ketika hadir di himpunan solidariti penahanan Rosmah oleh SPRM.
Menggunakan isu dana politik, Elly mencabar setiap komponen Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan sumber dana politik.
“Setakat ini kerajaan PH tidak memberi apa-apa kenyataan dana politik yang diterima mereka sumua,” tambah Elly. – MalaysiaGazette