NEW YORK – Lima pegawai penguatkuasa ditembak, salah seorang daripada maut dalam serangan di bandar Florence, selatan Carolina.
Bagaimanapun, suspek yang melepaskan tembakan berjaya ditahan.
Setakat ini tidak butiran terperinci mengenai kejadian tersebut.
Tetapi Jabatan Pengurusan Kecemasan Florence dalam Twitter berkata, tembakan yang berlaku di kawasan berkenaan telah selesai dengan tertangkapnya suspek.
Mesej itu turut meminta penduduk setempat tidak berada di kawasan penempatan yang dikenali sebagai Vintage Place.
Malah, keadaan empat anggota polis itu juga tidak diketahui. – MalaysiaGazette