Home Nasional Penganggur didakwa bunuh ibu

Penganggur didakwa bunuh ibu

Mohammad Firdaus Ismail, 29, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Faridah Mat Hashim, 63, di kediaman mereka di Jalan Bharu di sini antara pukul 6.30 pagi hingga 8.00 malam, 19 Sept lepas.
Mohammad Firdaus Ismail, 29, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Faridah Mat Hashim, 63, di kediaman mereka di Jalan Bharu di sini antara pukul 6.30 pagi hingga 8.00 malam, 19 Sept lepas.

BALIK PULAU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya, yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis, bulan lepas.

Mohammad Firdaus Ismail, 29, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Faridah Mat Hashim, 63, di kediaman mereka di Jalan Bharu di sini antara pukul 6.30 pagi hingga 8.00 malam, 19 Sept lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh yang memakai baju t berwarna merah jambu hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Sepanjang berada dikandang tertuduh, Mohammad Firdaus dilihat tenang dan sesekali dilihat ketawa ketika berbual dengan tertuduh lain yang turut dihadapkan di mahkamah itu.

Tertuduh yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pemetik epal di Australia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid memaklumkan akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi manakala peguam Edmund Antony Hermand memohon kebenaran kepada mahkamah untuk membawa Mohammad Firdaus ke hospital bagi membuat pemeriksaan berikutan terdapat sedikit pendarahan pada mata kiri tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Media pada 24 Sept lepas melaporkan berita mengenai penemuan mayat seorang wanita oleh menantu lelakinya sekitar pukul 2.30 petang semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah.

— BERNAMA

Mayat warga emas dalam tangki najis