Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata pihak yang mendakwa peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai rasuah agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum ini timbul dakwaan bahawa pemberian peruntukan itu adalah gula-gula politik bagi menarik pengundi bagi menyokong gerakan PH untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.
Katanya, peruntukan itu diberikan atas kapasiti beliau sebagai menteri yang menjadi hal ehwal ATM yang diamanahkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).