Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberi sumbangan kepada keluarga enam anggota Bomba dan Penyelamat yang meninggal dunia ketika bertugas baru-baru ini.
Menurut Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan, selain sumbangan semua anak-anak anggota bomba yang terkorban dijamin akan dibantu menerusi pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
“Kita akan memberi sedikit sumbangan kepada anak anggota bomba dalam yang sama memberi sumbangan setakat yang termampu dan jumlahnya akan ditentukan selepas berjumpa ahli keluarga,”katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Minggu Menabung di sebuah pusat kompleks di sini hari ini.