Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) berkata, hanya dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang enggan menandatangani menandatangani Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih dan Adil.
Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, mereka ialah Tan Sri Isa Samad dan calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.
Shahrul berkata calon Pas, Mohd Nazari memberi alasan bahawa perkara itu tidak mendapat kebenaran oleh pucuk pimpinan parti. -MalaysiaGazette