PORT DICKSON – Pantai Port Dickson tidak pernah hilang seri dengan kebanjiran pelancong khususnya pelancong asing dan tempatan.
Itu senario kira kira 7 tahun lalu.
Statusnya masih sama cuma kedatangan pelancong asing tidak lagi kelihatan di sini, kalau adapun mungkin satu dua dalam sebulan.
Itu rungutan pengusaha pantai Teluk Kemang, Mohd Fadly Mohd Nasir, 33, anak tempatan Port Dickson yang 20 tahun terlibat operasi di tepi pantai itu.
“Banyak kena diperbaiki di sini sebab pelancong asing tidak ramai, yang banyak dapat berkelah ialah pelancong tempatan dari luar PD.
“Air tidak kurang jernih cuma hilang seri tanpa aktiviti beriadah perlu diperbanyakkan lagi dengan sukan ski jet dan dan sebagainya sudah pasti mampou mengembalikan pelancong asing.
“Malah peniaga di sini juga boleh lubuk pendapatan kerana abang boleh nampak dulu pelancong asing ramai suatu ketika dahlu, kini hanya mampu jumpa seorang dua dalam hujung minggu,” katanya.
Tinjauan MalaysiaGazette juga mendapati kebanyakan kedai cenderamata dan produk jenama Pantai Port Dickson sunyi dan sunyi tanpa kehadiran pelancong baik tempatan mahupun asing walaupun pengunjungnya memeriahkan pesisir pantai itu setiap hujung minggu.
Osman Ismail, 33, pengusaha bot pelancong di Pantai Teluk Kemang, mengakui wujud perbezaan ketara kehadiran pelancong lima tahun lepas dan sekarang
Menurut Osman, kekurangan promosi dan pengkomersialan pantai antara punca pantai itu hilang seri walaupun dihiburkan dengan pengunjung warga tempatan dari luar PD.
Saifudin KamaruddinManakala Saifuddin Kamarudin, 33 dari Kuala Lumpur berkata, kebersihan pantai memuaskan dengan tidak ramai yang membuang sampah, namun masih kelihatan banyak sampah sarap di beberapa tempat
“Harap pengunjung fahamlah kutip sampah dan buang di tong sampah supaya takdelah kotor,” katanya kepada MalaysiaGazette
Wahab Abdi Rimayah dari Lembah Klang turut kelihatan kurang senang dengan tahap pernambahbaikan yang dilakanakan di Pantai Port Dickson di Teluk Kemang khususnya.
“Berbanding dahulu kini daripada segi kebersihan pantai, persekitaran seperti tandas, tempat basuh kaki semuanya dikenakan bayaran,” dakwanya.
Bagaimanapun, pelajar kolej yang berkerjasa sambilan sebagai pekerja makanan segera KFC pula Nur Izzati Yasmin, 19, dari Selangor pula berkata PD masih tidak hilang sengatnya sebagai pantai tercantik di Teluk Kemang.
“Cuma tandas terletak jauh dan tiada air paip basuh tangan dan jirus kaki selepas mandi di Pantai tidak disediakan dan itu antaa kemudahan yang perlu dilaksanakan pihak berkuasa tempatan.
“Tandas juga perlu diperbanyakkan lagi demi keselesaan pelancong yang berkelah ke sini pada setiap hujung minggu,” jelasnya.
Bagi rakannya agen insurans, Nor Aizan Yusof Zahidi, 26, pula mahu Majlis Perbandaran Port Dickson mengambiol beberapa langkah efektif untuk mengembalikan pelancong asing khususnya ke Pantai PD.
“Kebanyakan kedai-kedai makanan yang disediakan di tepi pantai bertahap standard dengan makanan sama tanpa aneka pilihan tanpa kedai makanan besar dan selesa menyukarkan kami terpaksa menandu beberapa kilometer untuk menjamu selera bersama keluarga.
“Kalau boleh pihak berkuasa perlu menyediakan tempat khas untuk kaum ibu menyusu bayi kerana apa yang saya dapat lihat sekarang, kalau ibu mengandung bawa bayi berusia dua bulan mereka terpaksa ke kereta untuk menyusu anaknya dalam keadaan kurang selesa dengan menutup tingkap kereta dengan tuala mandi.
“Malah kebersihan pantai boleh tahan dan tidak teruk sangat kalau lagi ok (menambahbaik kebersihan) lagi bagus,”tegasnya.- MalaysiaGazette