Home Nasional RM2j sahaja dikutip, diskaun saman DBKL tiada sambutan

RM2j sahaja dikutip, diskaun saman DBKL tiada sambutan

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan PAS kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO, khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).
Khalid Abdul Samad
KUALA LUMPUR – Hanya RM2 juta bayaran saman tertunggak pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berjaya dikutip walaupun tawaran bayaran dengan kadar diskaun sebanyak 70 peratus telah diberi sejak 1 Sept lepas.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad kutipan itu amat mendukacitakan memandangkan kerajaan menyasarkan pulangan kutipan keseluruhan menerusi diskaun diberikan berjumlah RM100 juta.

“Kami menyasarkan jumlah kutipan boleh mencecah sehingga RM100 juta namun amat mendukacitakan ia hanya berjaya mendapat RM2 juta sahaja meskipun sudah diberi diskaun sejak 1 Sept,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Flag Off’ ‘Kuala Lumpur Car Free Morning’ di sini, hari ini.

Menurut rekod DBKL, kira-kira empat juta saman kesalahan trafik dikeluarkan DBKL sehingga Ogos tahun ini melibatkan nilai hampir RM1 billion.

Berdasarkan itu, DBKL mengambil inisiatif menawarkan kadar istimewa bagi bayaran saman tertunggak, bertujuan menggalakkan pesalah trafik menjelaskan kompaun mereka dengan kadar segera selain mengelakkan tindakan senarai hitam.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya menerusi Jawatankuasa Khas telah membayar balik sejumlah RM120 juta kepada 10 daripada 97 kes transaksi tanah milik DBKL yang dibatalkan sejak 13 Sept lepas.

Katanya, 10 transaksi lot tanah itu membabitkan tanah seluas 14 ekar yang perlu dihentikan atas nasihat jawatankuasa khas yang turut dianggotai DBKL dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selebihnya pihak SPRM sedang menyiasat dan ada 23 transaksi yang mahu dirunding balik itu akan mendapat balik duitnya yang mana jumlahnya akan diumumkan esok,” katanya.

Terdahulu, Khalid melakukan upacara ‘flag off’ pada larian sempena ‘KL Car Free Morning’ yang disertai oleh kira-kira 3,500 peserta termasuk 600 peserta terdiri daripada golongan pekak.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Pengerusi OCBC KL Car Free Morning, Datuk Naim Mohamad. – MalaysiaGazette