Pas mengambil pendirian untuk meneruskan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sambil menanti keputusan mahkamah berhubung permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah mengenai kelayakan Anwar bertanding dalam PRK Port Dickson.
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, parti itu merayu agar mahkamah mempercepatkan proses pendengaran saman pemula Noraziah Mohd Shariff di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.