Home Politik Mat Sabu mahu pengundi PD bantu menangkan Anwar

Mat Sabu mahu pengundi PD bantu menangkan Anwar

Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan merangkap Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berbual dengan Ketua Umum PKR merangkap calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 08 OKTOBER 2018

PORT DICKSON – Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta pengundi Port Dickson membantu mencapai peratusan keluar mengundi sebanyak 80 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson 13 Oktober ini.

Katanya, peratusan keluar mengundi setinggi itu membolehkan calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti besar untuk diangkat sebagai wakil rakyat Port Dickson.

“Tiga PRK sebelum ini peratusan keluar mengundi kurang 50 peratus. maka di Port Dickson saya mengharapkan kita capai 80 peratus keluar mengundi untuk menangkan Anwar,” katanya semasa berucap pada Ceramah Mega Tun Mahathir Anwar di Port Dickson di sini.

Ceramah mega bersempena PRK itu menyaksikan lebih 7,000 orang tempatan berkumpul untuk mendengar amanat pemimpin pemimpin utama Pakatan Harapan meredah hujan lebat yang masih belum berhenti lagi.

Beliau juga memuji keberanian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menegur dan mengkritik kerajaan memerintah berhubung isu berkempen.

“Lihatlah wahai rakyat, SPR berani kritik parti pemerintah. Dulu kita ada tak kebebasan ini?.

“Inilah kerajaan PH dibawah kepimpinan Tun M. Kalau dulu kena kritik, faham fahamlah,” katanya. – MalaysiaGazette