Home Seni Hidup Kalau rasa ‘sendu’ wake up! Move On! -Vida

Kalau rasa ‘sendu’ wake up! Move On! -Vida

Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida bercakap pada sidang media khas mengenai isu pemberian barang kemas kepada juara Gegar Vaganza 4, Aishah di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 09 OKTOBER 2018.
Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida bercakap pada sidang media khas mengenai isu pemberian barang kemas kepada juara Gegar Vaganza 4, Aishah di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 09 OKTOBER 2018.

PETALING JAYA – Datuk Seri Vida mempertahankan kenyataannya bahawa Gegar Vaganza yang ditajanya sebelum ini membantu artis yang disifatkannya sebagai ‘sendu’ sehingga menimbulkan kecaman pelbagai pihak.

Usahawan itu sebaliknya menambah, mana-mana selebriti pun tidak patut terasa dengan kenyataannya jika artis itu menonjol dalam industri seni ini.

Beliau memberikan nasihat kepada mana-mana artis yang terasa dengan kata-katanya itu supaya berusaha untuk membuktikan mereka merupakan artis yang menyerlah.

“Sekiranya perkataan sendu, kenapa rasa sendu, buatlah sesuatu supaya tak sendu bagi yang terasa. Yang sendu tu kenapa terasa wake up move on! Bila rasa sedang buat sesuatu,” katanya dalam sidang media khas menjelaskan isu hadiah barangan kemas palsu kepada juara Gegar Vaganza, Aishah.

Sebelum ini usahawan kosmetik yang nama sebenar Hasmiza Othman menegaskan beliau tiada sebarang niat untuk membuli artis demi kepentingan diri sendiri sebagaimana didakwa penyanyi Aishah.

Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata program Gegar Vaganza (GV) diadakan bertujuan mengangkat martabat artis yang ‘sendu’.

Kenyataannya itu menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap segelintir selebriti termasuklah Noraniza Idris dan netizen.-MalaysiaGazette