Home Nasional Menteri agama perlu sedar batas dan bidang kuasa

Menteri agama perlu sedar batas dan bidang kuasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa menafikan telah mengeluarkan arahan perpindahan pendakwah, Zamihan Mat Zin dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dr Mujahid Yusuf Rawa

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa telah melangkaui bidang kuasanya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila bercakap tentang peraturan dan undang-undang berkaitan dengan agama mendahului Yang diPertuan Agong (YDPA), Sultan dan raja-raja.

Menurut bekas Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Aidit Ghazali, sekalipun merasakan terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP), Mujahid tidak sepatutnya membuat keputusan sendiri.

Ini kerana perihal kepada urusan agama tertakluk di bawah Majlis Agama Islam setiap negeri yang membuat keputusan menerusi perkenan penaung tertinggi di setiap negeri, tambah beliau.

Aidit Ghazali“Saya sebagai bekas ahli MAIS selama 15 tahun setahu saya soal hak dan juga undang-undang dan peraturan agama ini jatuh bawah hak Raja-raja Melayu atau Sultan Negeri melalui Majls Agama Islam masing-masing dan yang melaksanakan dasar atau penguatkuasaan ialah Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam menentukan dasar Jabatan Agama Islam melaksana dasar.

“Ini dari segi kedudukan secara umum kalau di mana-mana negeri tidak ada raja dan Sultan seperti Pulau Pinang, Melaka da Wilayah itu jatuh hak Yang diPertuan Agong (YDPA).

“Menteri agama tidak boleh sentuh soal undang-undang melainkan perkara itu di bawah kepada perkenana YDPA, raja atau sultan.

“Bila dia menyentuh perkara ini dalam fikiran saya dia melanggar bidang kuasa yang diberi kepada seorang menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam sebab apa pun kena dapat perkenan Sultan atau YDPA termasuklah hal berkaitan dengan SOP penguatkuasaan. Soal waran itu jatuh bawah SOP, sama ada aduan itu nak diterima jatuh bawah SOP

“Jadi apa yang menteri agama patut lakukan untuk memohon cadangan beliau boleh dibincangkan dalam konteks membuat penambahbaikan SOP sedia ada kalau dia anggap SOP sekarang ini kurang kemas, jadi dia tidak boleh anggap ini sebagai bidang kuasa dia,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mujahid semalam bahawa pihak berkuasa agama perlu mendapatkan waran geledah terlebih dahulu sebelum dibenar mengetuk pintu atau memasuki premis tertentu yang disyaki berlaku sesuatu yang menyalahi agama Islam.

Bukan sahaja menteri yang mengurus hal ehwal agama, malah tambahnya, Perdana Menteri sekalipun tidak boleh sewenangnya bertindak atau memutuskan suatu ketetapan bersabit pelaksanaan undang-undang atau hukum selagi ia tidak mendapat perkenan YDPA, atau sultan.

Sehubungan itu, Aidit menasihatkan agar pemimpin agama sedar batas dan bidang kuasa masing-masing sebelum melontarkan kenyataan.

“Perdana Menteri sekalipun memberi komen menyokongnya sendiri sudah bertindak luar bidang kuasa Perdana Menteri sebab ini semua jatuh bawah bidang kuasa Raja, Sultan atau YDPA. Saya menasihati supaya menteri agamadean pemimpjn sebelum bersuara kena sedar batasan hak masing-masing” tambahnya.

Terdahulu Mujahid menyatakan penguatkuasa bahagian jabatan agama tidak perlu lagi mengetuk pintu pada waktu malam untuk serbuan telah disalah tafsir. – MalaysiaGazette