Home Uncategorized Suspek rogol, bunuh wartawan Bulgaria ditahan

Suspek rogol, bunuh wartawan Bulgaria ditahan

Viktoria Marinova

SOFIA – Seorang lelaki telah ditangkap di Jerman berkaitan kes rogol dan pembunuhan seorang wartawan Bulgaria, Viktoria Marinova.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai Severin Krasimirov.

Menteri Dalam Negeri, Mladen Marinov berkata, DNA suspek adalah berpadanan untuk bukti yang diperolehi di tempat kejadian.

Bukti semasa tidak mencadangkan serangan itu dikaitkan dengan pekerjaan Marinova sebagai wartawan, kata para pegawai.

Marinova baru-baru ini menganjurkan program TV yang mana dua wartawan penyiasatan membincangkan dakwaan penipuan yang melibatkan dana Kesatuan Eropah dan ahli perniagaan dan ahli politik yang terkenal.

Bagaimanapun, Ketua Pendakwa, Sotir Tsatsarov berkata, serangan itu seolah-olah menjadi serangan seksual yang spontan, sambil menambah bahawa semua kemungkinan masih dipertimbangkan. – MalaysiaGazette