MOSCOW – Presiden Rusia, Vladmir Putin berkata ‘sesiapa sahaja akan bertindak’ seperti Khabib Nurmagomedov yang berdepan dengan ahli pasukan Conor McGregor selepas beliau menewaskan lawannya itu pada
pertarungan UFC 299.
Pada pertemuan semalam, Putin mengucapkan tahniah kepada peninju Dagestani terhadap kemenangan yang ‘berbaloi dan meyakinkan’ ke atas McGregor di Las Vegas Sabtu lalu, lapor RT.
Menyentuh insiden di luar gelanggang selepas pertarungan, apabila Khabib melompat keluar gelanggang untuk berhadapan dengan ahli pasukan McGregor, Dillon Danis yang bertindak di luar batasan dengan provokasi, Putin berkata: ” Sesiapa sahaja boleh melompat (keluar dari gelanggang) sama seperti ini,”.
“Jika kami diserang dari luar, bukan sahaja anda, kami semua mungkin akan melompat sama seperti itu, ada harga yang perlu dibayar,”.
Putin memberitahu Khabib dan ayahnya, Abdulkmanap di luar forum ‘Rusia – Negara Sukan’ yang berlangsung di Ulyanovsk.
“Namun adalah lebih baik tidak sampai ke peringkat ini,” tambah Putin yang
melemparkan senyumpan kepada Khabib dan bapanya yang kemudian dibalas dengan anggukan tanda bersetuju.
Pertarungan lightweight pada Sabtu lalu jelas milik Khabib yang menguasai
pertarungan tersebut.
Beliau bagaimanapun telah meminta maaf di atas tindakannya itu selepas pertarungan tersebut dan menyatakan McGregor menghina agama, negara dan keluarganya menjelang perlawanan sebenar.
Khabib, 30, kini berhadapan dengan penggantungan berikutan tindakannya itu.
Peninju itu yang pulang ke Dagestan pada Isnin lalu disambut beribu-ribu peminat di Makhachkala. – Agensi