Home Dunia Gempa bumi gegar Bali, Papua New Guinea

Gempa bumi gegar Bali, Papua New Guinea

Bali
Sekurang-kurang tiga orang terkorban apabila gempa bumi menggegarkan Bali.

PALU – Pihak berkuasa Indonesia berkata sekurang-kurang tiga orang terkorban manakala empat orang mengalami kecederaan selepas gempa bumi melanda pusat peranginan Bali.

Jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho menerusi akaun Twitter menyatakan beberapa buah rumah  mengalami kerosakan berikutan gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Bali dan Jawa Timur, lapor The Sydney Morning Herald.

Negara itu masih lagi dikejutkan dengan bencana gempa bumi dan tsunami yang melandanya mengorbankan 2.045 nyawa dan 5,000 orang masih lagi hilang.

Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia kini mengadakan mesyuarat tahunan di Bali sehingga Ahad ini.

Sementara itu, Pulau New Britain, sebuah pulau terpencil di Papua New Guinea juga digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 7.0 pada pada pukul 7 pagi waktu tempatan, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Pusat gempa bumi itu terletak 124 kilometer timur Kimbe dan pada kedalaman 40 kilometer.