
KUALA LUMPUR – Kemalangan maut melibatkan beberapa treler dan kenderaan ringan dilaporkan berlaku di KM14.5 dari Damansara ke Subang Lebuhraya NKVE kira-kira tiga jam lalu.
Kemalangan tersebut menyebabkan semua lorong terpaksa ditutup kecuali lorong kecemasan.
Rata-rata pengguna jalan raya merungut tentang kesesakan teruk di NKVE di laman Twitter akibat kemalangan tersebut.
Bagaimana maklumat lanjut mengenai mangsa yang maut atau cedera masih belum dketahui setakat ini. – MalaysiaGazette