PENTAGON – Tentera Amerika Syarikat telah menggantung sementara penggunaan semua pesawat pejuang F-35 susulan nahas di selatan Carolina bulan lalu.
Pemeriksaan akan dijalankan pada masalah tiub minyak.
Nahas itu telah menimbulkan persoalan sama ada pesawat berkenaan telah bersedia untuk digunakan selepas berpuluh-puluh masalah ditemui.
Program ini dijangka mengambil masa beberapa dekad dan jualan global dijangka mencecah 3,000 buah.
Pejabat akauntabiliti Kerajaan Amerika Syarikat menganggarkan semua kos yang berkaitan dengan projek itu akan berjumlah AS$1 trilion.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Program Bersama F-35 berkata, Amerika Syarikat dan rakan-rakan antarabangsanya telah menggantung operasi penerbangan pesawat itu buat sementara bagi pemeriksaan menyeluruh tiub bahan api.
“Sekiranya tiub bahan api yang dipasang bermasalah, bahagian itu akan dikeluarkan dan diganti. Selesai penggantian tiub bahan bakar, pesawat tersebut akan dikembalikan ke status penerbangan.
“Pemeriksaan dijangka siap dalam masa 24 hingga 48 jam,” katanya.
Pesawat pejuang F-35 itu menggunakan teknologi stealth untuk mengurangkan keterlihatannya kepada radar itu ditawarkan dalam tiga varian. – MalaysiaGazette