KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa syukur apabila suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen sebagai wakil rakyat hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini Anwar dinafikan hak untuk bertanding tetapi berjaya mengharungi segala kekangan dan kembali semula sebagai ahli Parlimen.
“Alhamdulillah. Gembira bahawa sebelum ini dinafikan hak untuk bertanding, dah msuk balik dalam Parlimen,” katanya ketika diserbu pemberita di lobi Parlimen di sini.
Beliau turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah Ketua Umum PKR itu sebagai Ahli Parlimen Port Dickson setelah menang bergaya dengan majoriti 23, 560 undi.
Ahli Parlimen Pandan itu juga menjelaskan bahawa pengampunanĀ Anwar dibuat atasĀ dasar miscarriage of justice bukan kerana mengakui kesalahannya.
Anwar menewaskan enam calon lain sekali gus memperolehi 31,016 undi dan menyebabkan lima calon bebas termasuk Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kecuali Pas hilang deposit pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan Sabtu 13 Oktober lalu.
Beliau mengangkat sumpah sebagai anggoat Dewan Rakyat di hadapan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof tepat 10.04 pagi tadi sebelum sesi pertanyaan lisan bermula sejurus selepas itu.- MalaysiaGazette