Home Nasional Lelaki cedera ditembak selepas membeli rokok

Lelaki cedera ditembak selepas membeli rokok

76b8897d47e1e6293adc0cd92f2c367d5bc48e0181c64

PETALING JAYA – Seorang lelaki cedera ditembak di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di persiaran Tropicana, Kota Damansara, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.50 petang di lokasi kejadian.

Beliau berkata ketika itu mangsa baru sahaja selesai membeli rokok di kedai serbaneka itu sebelum secara tiba-tiba ditembak oleh seorang suspek.

“Mangsa yang berumur 35 tahun itu, cedera di bahagian perut dan polis percaya suspek telah melepaskan sebanyak tiga das tembakan ke atas mangsa.

“Suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.- BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts