KUALA LUMPUR – Malaysia berada pada kedudukan ke-55 dalam Indeks Modal Insan Bank Dunia 2018.
Negara berada di belakang Singapura dengan skor 0.62 berbanding Singapura yang memperoleh 0.88.
Laporan itu telah dikeluarkan pada Jumaat lalu oleh Bank Dunia dalam World Development Report 2019: The Changing Nature of Work.
Indeks ini mengukur terma produktiviti bagi pekerja generasi akan datang kepada penanda aras pendidikan lengkap dan kesihatan.
Negara-negara Asia telah mendahului dalam indeks tersebut yang mengukur kematian belia, pendidikan dan kesihatan.
Organisasi itu berkata, peningkatan pelaburan kesihatan dan pendidikan boleh menyebabkan lebih separuh daripada kanak-kanak yang dilahirkan tahun ini menggandakan pendapatan seumur hidup mereka.
Indeks modal insan adalah satu usaha untuk memalukan negara dalam usaha meningkatkan “bagi memastikan penduduk yang sihat, berpendidikan dan berdaya tahan bersedia untuk tempat kerja masa depan”, kata bank itu.
Menurut laporan tersebut, Singapura menduduki tempat teratas selepas mendapat skor tertinggi untuk sistem penjagaan kesihatan sejagat, keputusan peperiksaan pendidikan dan angka harapan hidup.
Lima negara Asia berada pada kedudukan teratas ialah Korea Selatan, Jepun, Hong Kong dan Finland.
Ireland keenam dan Australia tempat ketujuh manakala United Kingdom di tempat ke-15 di belakang Austria, Slovenia dan Republik Czech.
Perancis pada tempat ke-22 dan Amerika Syarikat ke-27 manakala Chad merekodkan prestasi paling bawah dengan skor 0.29.
Negara-negara Afrika pula kebanyakan berada di bawah kedudukan 20 dalam indeks selepas gagal memastikan berjuta-juta kanak-kanak mempunyai diet, penjagaan kesihatan dan pendidikan pada awal tahun.
Malah, negara-negara itu juga didapati tidak mampu mempersiapkan generasi muda untuk pekerjaan mahir pada masa depan. – MalaysiaGazette