PARIS – Sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam banjir kilat di barat daya Aude selepas daerah Aude di barat daya Perancis.
Helikopter penyelamat sedang menunggu cuaca lebih baik sebelum dapat melancarkan operasi penyelamat, menurut seorang pegawai.
“Ada penduduk yang terkandas. Kami perlu menggunakan pesawat untuk mengeluarkan mereka kerana kita tidak boleh tiba dengan bot. Ia sangat bahaya,” katanya.
Antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir kilat ialah perkampungan Conques-sur-Orbiel dan Villardonnel, yang mana air naik setinggi satu tingkat.
Paras air dijangka terus meningkat kerana hujan diramal berterusan.
Sekolah di Aude ditutup dan penduduk diarah berada di rumah.
Hujan lebat tidak biasa berlaku di Perancis pada tahun ini, tetapi ahli meteorologi mengatakan air laut yang sangat hangat di sepanjang pantai Mediterranean di selatan Perancis mungkin akan mengatasi masalah itu. – MalaysiaGazette