SEOUL – Harga minyak naik hari ini ekoran isyarat penurunan eksport minyak Iran menjelang sekatan ke atas Tehran, selain tekanan geopolitik akibat kehilangan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.
Minyak Brent bagi penghantaran Disember naik sebanyak AS$0.09 kepada AS$80.87 setong.
Manakala West Texas Intermediate bagi penghantaran November juga meningkat sebanyak AS$0.05 kepada AS$71.83 setong, data Refinitiv Eikon.
Ia merupakan penurunan daripada sekurang-kurang 2.5 juta tong sehari pada bulan April sebelum Presiden Donald Trump menarik balik perjanjian multilateran dengan Iran pada Mei lalu. – MalaysiaGazette