KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan harus membuat dua lagi pembayaran sejumlah RM217.51 juta dan RM143.75 juta berhubung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Guan Eng, pembayaran itu harus dibuat pada 11 dan 29 November depan.
“Kerajaan harus membuat dua lagi pembayaran pada November sebagai RM217.51 juta. Ini untuk bayaran faedah pinjaman sahaja.
“Tahun ini sahaja, kerajaan sudah bayar RM1.688 bilion atas faedah pinjaman sahaja.
“Itulah harga yang perlu dibayar dan ditanggung kerajaan serta rakyat Malaysia, itu bukan jumlah kecil, soalan apa kita dapat?,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Bagan itu, hari ini sahaja kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah membayar sejumlah RM208.8 juga bagi membuat bayaran faedah ke atas projek Loji Tenaga Kuala Langat yang berjumlah RM2.3 bilion.
Kerajaan katanya, perlu membayar hutang-hutang berkenan bagi memastikan negara tidak mengalami status negara berhutang yang boleh menjejaskan penarafan di peringkat antarabangsa.
“Kerajaan akan terus ambil langkah fizikal bagi mengatasi masalah ini. Masalah pembayaran hutang 1MDB dan kita akan terus memenuhi komitment supaya Malaysia tidak akan berada dalam status berhutang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette