Cadangan jambatan bengkok sebenarnya datang daripada kerajaan negeri Johor tetapi ada pihak lain meminta jambatan ketiga dibina di situ, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.
Bagaimanapun katanya, pembinaan jambatan ketiga seperti yang dikehendaki pihak ketiga di Johor memerlukan persetujuan negara jiran Singapura.