Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan menggunakan pentas mahkamah sebagai tempat membela diri dan menjawab segala pertuduhan terhadap beliau.
Kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau redha dengan 45 pertuduhan yang dilemparkan kepada beliau dan menyerahkan kepada Allah untuk menentukannya.