KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Malaysia Airlines B737-800 mengalami kerosakan selepas tayar gear pendaratannya meletup ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, China.
Penerbangan MH387 ke Kuala Lumpur itu dibatalkan selepas ia berhenti di landasan 35R pada 1.30 pagi hari ini.
Semua penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat. – MalaysiaGazette