Home Nasional 21,374 kes jenayah komersial dengan kerugian RM4.2 bilion pada 2018

21,374 kes jenayah komersial dengan kerugian RM4.2 bilion pada 2018

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bercakap pada sidang mengenai kejayaan polis komersial Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket scam siber dan pinjaman tidak wujud di Menara 238, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,374 kes jenayah komersial melibatkan kerugian RM4.2 bilion dilaporkan sejak Januari hingga 21 Oktober 2018 dan ia dijangka meningkat secara mendadak menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Komisioner Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, daripada jumlah kes itu sebahagian besarnya atau 56 peratus kes melibatkan penipuan jenayah scam siber dan scam pinjaman tidak wujud.

Katanya, kes jenayah komersial semakin meningkat jika dibandingkan tahun tahun sebelum ini iaitu bagi tahun lepas, 30,364 kertas siasatan dibuka dan tahun ini pula 21,374, kes jenayah siber Macau Scam, Afrika Love Scam dan pinjaman tidak wujud.

Ekoran keseriusan jenayah berkenaan semakin meningkat kerjasama julung polis Malaysia dengan pihak berkuasa polis komersial dari Singapura dan Hong Kong berjaya menumpaskan sindiket dalam tiga serbuan berbeza 14 hingga 21 Oktober ini.

“Dalam sebuan pertama pada 14 Oktober, Polis Komersial Melaka berjaya menumpaskan sindiket pinjaman tidak wujud dengan tertangkapnya lima individu tempatan termasuk 2 wanita berusia antara 23 hingga 42 tahun di Melaka Tengah.

“Hasil siasatan awal sindiket berkenaan pernah beroperasi di Kota Konabalu dan Sandakan dan berpindah randah mengelak dihidu polis dan beroperasi sejak enam bulan lalu di negeri bersejarah Melaka.

“Serbuan berjaya merampas 13 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 4 buah buku catitan data peminjam, 40 surat pengesahan pinjaman palsu dan skrip perdaya orang awam dengan jumlah kerugian melibatkan RM345,000 merangkumi 54 laporan polis,” katanya dalam sidang media kejayaan itu di Menara KPJ Jalan Tun Razak di sini.

Tambah beliau, penipuan pinjaman tidak wujud adalah tertinggi di Malaysia iaitu purata 30 kes sehari.

Dalam satu lagi serbuan di Melaka pada 20 Oktober lalu 27 individu warga tempatan termasuk enam perempuan di Melaka ditangkap Scam Macau dengan 5 pusat panggilan di Pulau Pangkor tumpas melibatkan 221 kes dengan kerugiannya RM1juta sejak Oktober 2017 lalu.-MalaysiaGazette