Home Nasional Bekas Pengerusi SPAD kecam pemandu teksi

Bekas Pengerusi SPAD kecam pemandu teksi

Syed Hamid Albar (tengah) bergambar bersama sebahagian 300 pemandu teksi yang menerima lesen teksi individu di Subang pada tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengecam tindakan pemandu teksi yang disifatkannya biadap kepada Perdana Menteri baru-baru ini.

Kata Syed Hamid, segelintir pemandu teksi sememangnya tidak akan berubah dengan sifat mereka.

Justeru beliau ‘memujuk’ Tun Mahathir Mohamad agar tidak mengambil hati dengan tindakan itu.

“Jangan ambil hati PM (Mahahtir) dengan segelintir kecil orang teksi yang tiada adab dan sopan. Mereka ini tidak mahu berubah.

“Teruskan memimpin negara,” katanya menerusi Twitter.

bekas Pengerusi SPADMahathir terdahulu berkata, beliau bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ia adalah susulan insiden pemandu teksi yang mengeluarkan kata-kata kesat sebelum meninggalkan sesi dialog bersama Mahathir di Langkawi pada Ahad.

Sebelum kejadian itu, Mahathir berkata, Grab akan diminta menggunakan kenderaan diluluskan kerajaan dan membayar insurans serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.

Bagi bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Dr Rais Yatim juga tidak ketinggalan mencemuh tindakan pemandu teksi yang dianggapnya sebagai kurang ajar.

Rais Yatim“Pemandu, pemilik teksi biadab dan kurang ajar tak akan dapat simpati rakyat.

“Tun M takkanlah berundur sebagai PM cuma kerana disongsangi orang teksi Langkawi.

“Jalan terus Tun, beri perhatian kepada rintihan rakyat,” kata beliau. -MalaysiaGazette