Home Ekonomi RHB dapat kelulusan Vietnam untuk ambil alih VSEC

RHB dapat kelulusan Vietnam untuk ambil alih VSEC

RHB
RHB

KUALA LUMPUR- RHB Bank Bhd. mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Negara Vietnam (Vietnam SSC) bagi cadangan mengambil alih baki kepentingan ekuiti sebanyak 51 peratus dalam Vietnam Securities Corporation (VSEC) pada harga VND 121.63 bilion (RM21.28 bilion).

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia hari ini, RHB berkata, kelulusan tersebut diterima menerusi sepucuk surat dari Vietnam SSC pada 18 Oktober lalu.

Kelulusan yang diberikan oleh Vietnam SSC tertakluk kepada dua syarat iaitu cadangan pengambilan alih mesti diselesaikan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh lulus yang mana sekiranya gagal, kelulusan tersebut akan terbatal.

Dalam pada itu,VSEC juga perlu melapor dan membuat pengumuman berkaitan urusniaga tersebut mengikut undang-undang Vietnam.

Pada 9 Februari lalu, RHB Bank mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, RHB Investment Bank telah memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Chu Thi Phuong Dung, Truong Lan Anh dan Viet Quoc Insurance Broker Joint Stock Company.

Selepas selesai urusniaga, VSEC akan menjadi anak syarikat milik penuh RHB Investment.-MalaysiaGazette