Home Ekonomi Prosiding kehilangan dana bayaran balik GST dijangka selesai Disember ini

Prosiding kehilangan dana bayaran balik GST dijangka selesai Disember ini

Sebanyak 100,000 permohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari 25 kawasan Parlimen di Sabah, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan mengakhiri prosiding berhubung kehilangan wang sebanyak RM19.4 bilion bagi Bayaran Semula GST sebelum akhir sesi Parlimen pada Disember ini.

Sesi Parlimen yang bermula 15 Oktober lalu hingga 11 Disember ini.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pihaknya akan memanggil Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 30 Oktober ini.

“Kita harap semuanya berjalan mengikut jadual dan hasil prosiding dibentangkan di Parlimen,” katanya ketika ditemui selepas prosiding PAC bersama Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, bekas Ketua Perbendaharaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh memberitahu, Irwan yang dua kali dipanggil PAC telah selesai menjalani prosiding.

“Beliau telah memberi semua maklumat yang dikehendaki,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam dijangka hadir prosiding tersebut pada petang ini.

Manakala Datuk Seri Najib Razak pula dijadual hadir pada hari esok.

Prosiding itu diadakan selepas Guan Eng mendakwa kerajaan dahulu tidak memulangkan GST yang bernilai RM19.4 bilion dan hanya terdapat sejumlah RM1.486 bilion dalam Tabung Bayaran Balik. – MalaysiaGazette