Home Seni Hidup Rossa bergelar Datuk Seri

Rossa bergelar Datuk Seri

Rossa kini bergelar Datuk Seri.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Indonesia, Datuk Rossa dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang kini membawa gelaran Datuk Seri.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani mendahului 79 penerima pingat dan darjah kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang tahun Hari Kepute­raan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah semalam.

Pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta  bersama 21 individu lain menerima anugerah tersebut termasuk Raja Puan Mahkota Pe­rak, Raja Datuk Seri Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.

Pada 2013, Rossa mendapat membawa gelaran Datuk, bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang.

Ibu tunggal yang berasal dari Sumedang, Indonesia itu mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di Malaysia dengan lagu-lagu popular  seperti Atas Nama Cinta’, Hati Yang Kau Sakiti dan Aku Bukanlah Untukmu. – MalaysiaGazette